Saturday, July 28, 2012

ku tahu ku ada MU



Hampir 21 tahun,
ALLAH swt,TUHANku masih membenarkan jantung ku berdegup menghadapi Dunia Yang Smentara.

Pernahkah kau terfikir,sesungguhnya terdapat “khazinatul asrar” di setiap apa yang ALLAH takdirkan dalam diri korang?

Ye,ku akui.Semakin ku membesar,aku dapat lihat HIKMAH Maha Suci Allah yang telah mencorak hidupku sebegini.

Antaranya, erti BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI dan mencerna erti mencukupilah  bagiku HANYA ALLAH DAN RASULULLAH

Masa STAM 2009,
itulah pertama kali aku berjauhan dari family.Dan itu jugalah pertama kali aku duduk asrama.Mula2, aku rasa serabut,sedih, dan kesunyian.Tapi inilah jalan yang ku pilih yang ALLAH SWT  ilhamkan untuk aku mencorakkan hidupku.

Dan hati kecilku tetap berbisik kalimah yang satu “aku ada MU TUHAN”. Walau,aku bersendirian masa tu.

Namun,aku bersyukur,kerana aku masih ada sahabt2 yang masih ada disisiku untuk bersama dalam perjuangan ini.Kami berkenalan sejak kecil, bila duduk bersama dapatlah kami mengenali hati budi masing2.

Bergelak ketawa,bergaduh,main hujan bersama,saling merajuk menjadi perencah persahabatan kami.Sehingga aku dapat merasai halawatul ukhuwah.

Disitu Aku mula belajar berdikari Dan mengenali hati budi insani.

Akhirnya,keputusan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) kami 13 orang anak Melaka yang nakal menuntut di Asrama Ar-Rahmah Kenali,Kelantan bisa menaikan nama sekolah kerana result kami yang agak gempak.

Alhamdulillah ya Robbi,aku rindu saat itu.Inilah sebahagian hikmah aku berjauhan dari family dan menjalani kehidupan bersama sahabat.

2011,tahun pertama aku menjejak ke bumi UIA

Sekali lagi,TUHANKU yang MAHA ESA mentarbiahku untuk menjadi insan yang BENAR2 mempraktikan MENCUKUPILAH BAGIKU HNYA ALLAH DAN RASULULLAH

Setahun yang lalu,telah mengajarku berdikari dari keluarga tercinta membawa diri berlayar bersama sahabat2 mengharungi ombak dunia.

Namun tahun ini,kami berpisah. Majority sahabt ku ke Mesir,
Memang impian ku untuk ke sana,namun takdir YANG MAHA ESA untuk ku terus berpijak di bumi Malaysia.

Sbahagian yang lain ke USIM dan lain2.

Sementara aku bersendiri lagi..Aku tercampak di bumi UIA.Universiti Islam Antarabangsa. Bayangkan,tiada sorang pon sahabtku yang tercampak bersama ku di sini.Aku pasrah,aku redha..maka aku sendirian mengahadapi dunia di hadapan ku.

Dan hati kecilku tetap berbisik kalimah yang satu “aku ada MU TUHAN”

Pada awalnya,Aku takut untuk berdampingan dengan sesiapa,aku takut. Aku takut,YA TUHAN.Walau ada sahabt baru yang cuba berdampingan denganku,aku tetap takut.

Namun dengan takdir ILAHI setelah hampir setahun,aku bisa menerima kehadiran mereka,insan baru untuk menghiasi hidupku.

Apatah lagi saat aku diterima untuk memasuki 1keluarga besar dalam perjuangan. Aku menjadi sahabat mereka dan diiktiraf sebagai “adik-beradik”. Sungguh aku xmenyangka akan rahsia TakdirMU TUHAN.Kami bersatu kerana mempunyai matlamat misi dan visi yang sma dalam mencontohi sunnah perjuangan Nabi Muhammad saw.

Aku bersyukur ya Robbi kerana kurniakan mereka buatku.

Awal 2012,sekali lagi. Erti kalimah mencukupilah hnya ALLAH dan Rsulullah bagiku diuji

Ibu ku,insane yang melahirkan ku,dan mentarbiahku,kini tidak lagi hanya berjauhan daripadaku,malah beliau pergi selamanya2 daripadaku.

Beliau pergi menghadap ILAHI seperti yang telah dijanjikan pada ILAHI .

Sekali lagi,aku rasakan subhanallah!! Memang tidak ku jangkka corak yang KAU takdirkan buatku ILAHI.

Kini aku hanay menanti khazinatul asrar yang tersembunyi.

Aku bersyukur atas segala pemberian mu dan corak yang menghiasi hidupku ILAHI ROBBI!!!



Merenungi luar jendela.

Mengagumi Kebesaran Yang Maha Esa,

Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza

Mensyukuri segala nikmat dari si DIA.

kata HATI ku menjerit memuji kebesaran Mu Tuhan.

Selangkah demi selangkah,

menhadapi,melalui,menjalani kehidupan ini.

KAU beri ku kekuatan untuk melukir dan memilih corak apa yang akan ku persembahkan dalam hidupku

Walau penuh dengan cabaran,

Aku teruskan dengan semangat yang membara,

Aku meredahi dengan berbekalkan kalamMU dan Sunnah Perjuangan

Hati kecil ku sering berbisik

ku tahu ku ada MU TUHAN

KAU Maha Agung Lagi Maha Mengetahui,

Sesungguhnya KAU tahu aku xmmpu menghadapi semua ranjau ni,tanpa Cahaya PetunjukMU

Bantu la hamba MU ini mencari keredhaan MU,

Kerna ku tahu,aku ada MU

Melihat keindahan malam dihiasi kerlipan bintang dan di terangi dengan cahaya rembulan.

Indah,Subhanallah,Maha Suci ALLAH ,indahya Dunia CiptaanMU Tuhan

Setelah hampir 21 tahun menghirup udaraMU Tuhan.

Ku Syukuri Atas segala Hidayah dan Taufiq yang KAU kurniakan ku,

“Afala an akuna abdan syakura” itulah kata2 Junjungan Besar Muhammad saw yang terngiang2 di telinga ku saat berbicara tentang SYUKUR

Kerna KAU Maha Agung,ku pohon dengan lafaz hamba yang Hina,
Ku pohon,jadikan aku hamba yang bersyukur  sehingga ku bisa buktikan dengan (1) lidah (2) Perbuatan dan (3) Hatiku

Hujan rintik-rintik,

Sang pelangi Mula Menempah Diri Untuk Menghiasi Sama Keindahan Alam

Ku dapat menghidu kesegaran “bau” hujan.

Ku syukuri segala nikmat yang KAU berikan

Kau berikan ku kekuatan untuk terus berpegang pada taliMU

WALAU penuh dengan cabaran,

Ku tahu ku ada Mu TUHAN

Walau ku jatuh,

Ku bangkit kerana MU

Kerna ku tahu KAU yang SATU setia  disisiku Selalu.

Bantulah Hamba MU mencari keredhaan MU



No comments:

Post a Comment