Disisi teman2
Ku dapat hanya kekecewaan
Namun,hati kecil ku berbisik
Kekosongan hati ini minta diisi
Dengan cinta hakiki
Nan abadi
Dengan cinta ini aku bisa menghadai dunia dengan redha ILAHI
Ya,ku akui ILAHI.
Setiap Mehnah tribulasi hidup ini
Aku dapat merasakan indahanya kelembutan MU
“lufilLLAH fil qohr” –Merasakan kelembutan ALLAH pada kekerasan (ujian)
YA,walau dimata insane ianya menyakitkan..
Tapi,kata Hati ku.
Ku syukuri atas segala yang KAU beri
Kerna itu bisa meyakinkan aku,
Aku tidak jalan sendri diatas muka bumi.
Aku punyaMU ya Robbul Izzati..
Maafkan aku robbi,
Kerana kelalaian ku,
Kerana fitrah naluri ku yang halus,
Aku mencari cinta seorang lelaki.
Benar,aku hanya mnyimpan dalam hati.
Aku xbiarkan ia diketahui oleh insane yang aku kagumi
Masa terus berlalu,
Dulu aku bisa mensyukuri walau hanya bisa lihat dia tersenyum dari jauh
Aku tersenyum bahagia melihat dia ketawa bersama teman2.
Dan berdoa dalam hati buat MU robbi
Moga beliau la Pemilik Rusukku.
Pergilah mimpi!!!kerna…
Kini,aku menyedari..
Maafkan ILAHI robbi,
Aku terlupa..
Hakikat KAU da sediakan seorang imam buatku,
Namun aku mmbiarkan hati kuterus lalai..
Apakah kata suamiku andai dia mengetahui hati ku pernah mencintaI INSAN YANG BELUM TENTU
AKU MILIKI?
Aku mulai berhenti mengharap cinta insane
Batin hati ku menjerit.
Sudahla Huda,hentilah berharap.
Kerana aku yakin yang TERBAIK telah KAU sediakan untuk ku sejak azali.
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang
jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk
lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang
baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang
baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.” AnNur-26
Dan aku biarkan beliau pergi.
Kerana ku telah sedari.
Hati ku ingin memiliki cinta hakiki
Jadi dengan rela hati ku biarkan cinta alam fantasi berlalu pergi.
Semoga kau insane yang ku kagumi,berbahagia dunia akhirat kerana kau Jilul Qur’an yang mencontohi
sunnah perjuangan Para Nabi (Anbiya’)
Ketahuilah Robbi,langkah kakiku tidak akan berhenti menterokai khazinatul asrar disebalik ketentuan
TaqdirMU robbi (^^,)
Aku yang hina lagi dina,mohon dan berdoa…
“Wahai pembolak-balik hati,tetapkanlah hati2 kami pada jalan dan landasan agamaMU dan ketaatan
kepadaMU”
" اللهم حبّب عبدك هذا إلى عبادك المؤمنين وحبّب إليّ المؤمنين"
Aku berharap dan berdoa agar redhoMU sentiasa mengiringi perjalanan langkah kakiku di muka bumi yang penuh fantasi ini
No comments:
Post a Comment