Monday, July 30, 2012

Pinta Hati Kecil ku


Ibu

Di kedinginan malam sunyi

Terkenang daku akan pemergianmu

Dbuai sjuta kenangan manis dsiram segar

Subur kasih pnuh rindu mengiringi pemergianmu

Ibu

Sejuta keampunan ku pinta darimu

Buat penghapus dosa insane kerdil ini

Buat mnebus kkurangan melayani hayatmu.

Buat melunas hutang jiwa seorang ank terhadap ibu

Oh ibu,ku tgglkan jasadmu di kuburan ini, namun izinkan ku bw pulang ksh syg

Izinkan ku bw bsama smgt dan doamu

Izinkan ku pulang bbekal keampunan dan redomu ibu

Doakanlh ku ibu,agr bsemangat mnyambung amal ibadahmu berbekal akal,ilmu dan iman yang kau ajarkan 
dulu

Ya TUHAN,ku titip jasad ibu untuk dikau rahmati

Ku pinjam jiwa kental dan ksh syg ibu

Buat bekal hidup yg bbaki,ku rayu keampunan mu ssgala dosanya ya Robbi

Hidayahku apa saja demi menebus dosa ibunda ku

Biar nyawa harta dan jiwa ini jadi galang gantinya.

Janganlah kau siksa dia wahai tuhan

Aku pohon,aku rayu pd MU stulus jiwaku,rahmatilah kasihanilah dia.

Sepertimana ia mngasihi ku sjk kecil,ya ALLAH YA TUHANKU,

AKU BPEGANG PD JANJIMU JANJI RASULmu

Izinkan aku menyambuung amal ibu,izinkan aku mmnuhi twran jnjiMU

Demi ibuku

Al fatiha untuk mu IBU


Saturday, July 28, 2012

ku tahu ku ada MU



Hampir 21 tahun,
ALLAH swt,TUHANku masih membenarkan jantung ku berdegup menghadapi Dunia Yang Smentara.

Pernahkah kau terfikir,sesungguhnya terdapat “khazinatul asrar” di setiap apa yang ALLAH takdirkan dalam diri korang?

Ye,ku akui.Semakin ku membesar,aku dapat lihat HIKMAH Maha Suci Allah yang telah mencorak hidupku sebegini.

Antaranya, erti BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI dan mencerna erti mencukupilah  bagiku HANYA ALLAH DAN RASULULLAH

Masa STAM 2009,
itulah pertama kali aku berjauhan dari family.Dan itu jugalah pertama kali aku duduk asrama.Mula2, aku rasa serabut,sedih, dan kesunyian.Tapi inilah jalan yang ku pilih yang ALLAH SWT  ilhamkan untuk aku mencorakkan hidupku.

Dan hati kecilku tetap berbisik kalimah yang satu “aku ada MU TUHAN”. Walau,aku bersendirian masa tu.

Namun,aku bersyukur,kerana aku masih ada sahabt2 yang masih ada disisiku untuk bersama dalam perjuangan ini.Kami berkenalan sejak kecil, bila duduk bersama dapatlah kami mengenali hati budi masing2.

Bergelak ketawa,bergaduh,main hujan bersama,saling merajuk menjadi perencah persahabatan kami.Sehingga aku dapat merasai halawatul ukhuwah.

Disitu Aku mula belajar berdikari Dan mengenali hati budi insani.

Akhirnya,keputusan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) kami 13 orang anak Melaka yang nakal menuntut di Asrama Ar-Rahmah Kenali,Kelantan bisa menaikan nama sekolah kerana result kami yang agak gempak.

Alhamdulillah ya Robbi,aku rindu saat itu.Inilah sebahagian hikmah aku berjauhan dari family dan menjalani kehidupan bersama sahabat.

2011,tahun pertama aku menjejak ke bumi UIA

Sekali lagi,TUHANKU yang MAHA ESA mentarbiahku untuk menjadi insan yang BENAR2 mempraktikan MENCUKUPILAH BAGIKU HNYA ALLAH DAN RASULULLAH

Setahun yang lalu,telah mengajarku berdikari dari keluarga tercinta membawa diri berlayar bersama sahabat2 mengharungi ombak dunia.

Namun tahun ini,kami berpisah. Majority sahabt ku ke Mesir,
Memang impian ku untuk ke sana,namun takdir YANG MAHA ESA untuk ku terus berpijak di bumi Malaysia.

Sbahagian yang lain ke USIM dan lain2.

Sementara aku bersendiri lagi..Aku tercampak di bumi UIA.Universiti Islam Antarabangsa. Bayangkan,tiada sorang pon sahabtku yang tercampak bersama ku di sini.Aku pasrah,aku redha..maka aku sendirian mengahadapi dunia di hadapan ku.

Dan hati kecilku tetap berbisik kalimah yang satu “aku ada MU TUHAN”

Pada awalnya,Aku takut untuk berdampingan dengan sesiapa,aku takut. Aku takut,YA TUHAN.Walau ada sahabt baru yang cuba berdampingan denganku,aku tetap takut.

Namun dengan takdir ILAHI setelah hampir setahun,aku bisa menerima kehadiran mereka,insan baru untuk menghiasi hidupku.

Apatah lagi saat aku diterima untuk memasuki 1keluarga besar dalam perjuangan. Aku menjadi sahabat mereka dan diiktiraf sebagai “adik-beradik”. Sungguh aku xmenyangka akan rahsia TakdirMU TUHAN.Kami bersatu kerana mempunyai matlamat misi dan visi yang sma dalam mencontohi sunnah perjuangan Nabi Muhammad saw.

Aku bersyukur ya Robbi kerana kurniakan mereka buatku.

Awal 2012,sekali lagi. Erti kalimah mencukupilah hnya ALLAH dan Rsulullah bagiku diuji

Ibu ku,insane yang melahirkan ku,dan mentarbiahku,kini tidak lagi hanya berjauhan daripadaku,malah beliau pergi selamanya2 daripadaku.

Beliau pergi menghadap ILAHI seperti yang telah dijanjikan pada ILAHI .

Sekali lagi,aku rasakan subhanallah!! Memang tidak ku jangkka corak yang KAU takdirkan buatku ILAHI.

Kini aku hanay menanti khazinatul asrar yang tersembunyi.

Aku bersyukur atas segala pemberian mu dan corak yang menghiasi hidupku ILAHI ROBBI!!!



Merenungi luar jendela.

Mengagumi Kebesaran Yang Maha Esa,

Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza

Mensyukuri segala nikmat dari si DIA.

kata HATI ku menjerit memuji kebesaran Mu Tuhan.

Selangkah demi selangkah,

menhadapi,melalui,menjalani kehidupan ini.

KAU beri ku kekuatan untuk melukir dan memilih corak apa yang akan ku persembahkan dalam hidupku

Walau penuh dengan cabaran,

Aku teruskan dengan semangat yang membara,

Aku meredahi dengan berbekalkan kalamMU dan Sunnah Perjuangan

Hati kecil ku sering berbisik

ku tahu ku ada MU TUHAN

KAU Maha Agung Lagi Maha Mengetahui,

Sesungguhnya KAU tahu aku xmmpu menghadapi semua ranjau ni,tanpa Cahaya PetunjukMU

Bantu la hamba MU ini mencari keredhaan MU,

Kerna ku tahu,aku ada MU

Melihat keindahan malam dihiasi kerlipan bintang dan di terangi dengan cahaya rembulan.

Indah,Subhanallah,Maha Suci ALLAH ,indahya Dunia CiptaanMU Tuhan

Setelah hampir 21 tahun menghirup udaraMU Tuhan.

Ku Syukuri Atas segala Hidayah dan Taufiq yang KAU kurniakan ku,

“Afala an akuna abdan syakura” itulah kata2 Junjungan Besar Muhammad saw yang terngiang2 di telinga ku saat berbicara tentang SYUKUR

Kerna KAU Maha Agung,ku pohon dengan lafaz hamba yang Hina,
Ku pohon,jadikan aku hamba yang bersyukur  sehingga ku bisa buktikan dengan (1) lidah (2) Perbuatan dan (3) Hatiku

Hujan rintik-rintik,

Sang pelangi Mula Menempah Diri Untuk Menghiasi Sama Keindahan Alam

Ku dapat menghidu kesegaran “bau” hujan.

Ku syukuri segala nikmat yang KAU berikan

Kau berikan ku kekuatan untuk terus berpegang pada taliMU

WALAU penuh dengan cabaran,

Ku tahu ku ada Mu TUHAN

Walau ku jatuh,

Ku bangkit kerana MU

Kerna ku tahu KAU yang SATU setia  disisiku Selalu.

Bantulah Hamba MU mencari keredhaan MU



Tuesday, July 17, 2012

Khas Buat Suami ku ^^,


Wahai suamiku,

satu hari nanti kita akan ada penyejuk mata,Qurratu a'yun =)  (insyaAllah. Semoga Allah izin).




Anak kita mungkin sang Rijal yang gagah , 



Dan mungkin jua bidadari Yang bakal mengoncangkan dunia dengan hanya menhayun buaian


Dan mungkin,kita bakal dkurnia ILAHI kedua2nya sekali =)


InsyaALLAH,kita akan bersama menyahut seruan ILAHI,untuk membesar bersama mereka sedangkan hakikat,kita semakin mentua sebenarnya ^^, menyaksikan momen indah and kecomelan mereka 


sertA Telatah comel mereka ^^, indah bukan, wahai suami ku =)


Kita bakal tersenyum melihat mereka membesar...
Sambil mentarbiah mereka dengan acuan ISLAM melalui Akhlak dan bicara kita buat Qurratu a'yun amanah YANG ESA =)


Merekakan membesar dalam jagaan kita bersama.. Asuhan tangan kita bersama..Aku tahu,Dikau mengerti bahawa kitalah yang bertanggung jawab melukis wajah2 ISLAM dalam diri mereka.


Mereka bakal miliki attitude tersendiri..
Nakal seperti Ummi nya mungkin,
atau lurus pun mungkin,
wallahu a'lam


mereka mungkin banyak ragam suamiku,
Pelbagai karenah..
Ada masa Manja, cepat terasa ..
Dan ada masa pula merajuk dan memarahi kita dengan darah muda..


Hingga satu saat kita rasa payah..
Namun,disebabkan aku punya kamu,dan kamu punya aku...
Demi menjaga amanat ILAHI,
kita mampu tersenyum tidak berserah diri,
kita akan bertenang dan hadapi mereka dengan Bijak.


Bersama memerhatikan mereka,sehingga mereka BERJAYA menjalani kehidupan mendatang dan berdikari diatas kaki sendiri 


ku nantikan senyuman mereka,
tanda bersyukur dan bangga punya aku dan kamu sebagai ayah dan bonda mereka.
seperti apa yang ku rasa kini terhadap kedua emak abah ku,


Mereka kan  tersenyum bahagia kerana mendapat didikan syurga ^^,


Hingga mereka menjadi anak2 yang bersemangat lagi hebat! Berusha menggapai matlamat,dan menjadi hamba ALLAH yang kuat dan HEBAT!


Dan akhirnya.
besertakan kasih sayang seluas lautan
 aku,kau dan mereka..
Akan saling mencintai berpaksikan keimana yang teguh pada iLAHI,
dan yakin segala janji Robbi
Biar mereka tahu hakikat hubungan ini lantas mereka membesar menjadi hamba yang berTAKWA pada ILAHI ROBBUNA YA ZAL JALALI WAL IKRAM =)




Percaya kata ku,mulai saat ini aku berjanji akan perbaiki diri demi ILAHI,


Salam kerinduan penuh mahabbah buat bakal IMAM ku,
moga dalam rahmat ALLAH sntiasa..
Semoga tetaplah kau jadi ANAK YANG SOLEH =)












K









Wednesday, July 11, 2012

Ninja Haraki


Khususan Ilayya =)

Perjuangan adalah bukan mencari nama

Bukan juga untuk menempah tempat
... ... 
Bukan juga untuk dipuji

Disebut...

Perjuangan bukan mendapatkan pangkat

dan Mandat..

Perjuangan juga bukan bukan untuk menunjuk

dan beraksi..

TETAPI....

Perjuangan adalah SUNNAH para nabi..

Yang mesti dipikul bagi yang mampu

dan cukup ciri dan syarat...

KERANA

Perjuangan ini penuh ribuan kilogram berat..

Malah bertan milion beratnya...

Perjuangan mesti didasari dengan amatan faham yang panjang

dan Mendalam..

Bukan wenang untuk dilaksana

kerna Ini adalah perjuangan..

Yang bakal menempah SYAHID...

Perjuangan hanya untuk jiwa yang meresap jiwa

dan Rohnya untuk menegakkan agama Allah..

Maka ia tidak dibenarkan bagi mereka yang jahil

Untuk menyambung risalah ini...

Mesti arif

Teliti

Berani

Tegas

Hikmah

Faham

Tahu

Ikhlas

Bersih

Suci

Tekal

Kekal

Utuh

Sabar

dan segala sifat yang terpuji

Yang dipecah unsurnya dari sifat RABB

Yang disusun dasar dari sifat para NABI

Penghujungnya pejuang akan tahu siapa musuhnya

dan dia berhadapan dengan siapa

Akan memperguna segala ilmu teorinya

Dan segala pengalaman yang ditimbanya..

Kata Pak Hamka dalam jurus sasteranya;"Berguru dengan buku kau akan LUPA
Berguru dengan guru,keluar kanan dan
kirinya,berguru dengan pengalaman
ibarat parut yang melekat di badan".

Siapa yang sanggup memikul cita cinta ini?Tidak lain dan tidak bukan hanya mereka yang faham tuntutan hidupnya di dunia.

Maka kata Allah:Berlumbalah kamu ke arah kebaikan

Biar manusia melihat kepelikanmu dan mereka tertanya

Agar mereka mencari jawapannya

di atas Kepelikanmu

kerana jawapannya adalah dengan kehilanganmu

dan Di saat itulah baru mereka terasa bahawa

betapa berharganya sebuah Perjuangan..(^^)

Berkatanya Hukamak;"Bekerjalah kamu di dunia seakan kamu ingin hidup selamanya,beramallah kamu di dunia seakan kamu akan mati keesokannya"

Dan,
Suatu perjuangan perlu jelas maqasidnya bkn sekadar dibina atas angin...Selagi kita yaqin akan kebenaran dasar perjuangan ini, mohonlah semoga Allah mewajakan kita untuk istiqmah dan setia dalam jemaah yang kita dokong ini. Bukankah suatu hari dulu kita pernah berbaiah....