Hampir 21 tahun,
ALLAH swt,TUHANku masih membenarkan jantung ku berdegup
menghadapi Dunia Yang Smentara.
Pernahkah kau terfikir,sesungguhnya terdapat “khazinatul
asrar” di setiap apa yang ALLAH takdirkan dalam diri korang?
Ye,ku akui.Semakin ku membesar,aku dapat lihat HIKMAH Maha
Suci Allah yang telah mencorak hidupku sebegini.
Antaranya, erti BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI dan mencerna erti mencukupilah bagiku HANYA ALLAH DAN RASULULLAH
Masa STAM 2009,
itulah pertama kali aku berjauhan dari family.Dan itu
jugalah pertama kali aku duduk asrama.Mula2, aku rasa serabut,sedih, dan
kesunyian.Tapi inilah jalan yang ku pilih yang ALLAH SWT ilhamkan untuk aku mencorakkan hidupku.
Dan hati kecilku tetap berbisik kalimah yang satu “aku ada
MU TUHAN”. Walau,aku bersendirian masa tu.
Namun,aku bersyukur,kerana aku masih ada sahabt2 yang masih
ada disisiku untuk bersama dalam perjuangan ini.Kami berkenalan sejak kecil,
bila duduk bersama dapatlah kami mengenali hati budi masing2.
Bergelak ketawa,bergaduh,main hujan bersama,saling merajuk
menjadi perencah persahabatan kami.Sehingga aku dapat merasai halawatul
ukhuwah.
Disitu Aku mula belajar berdikari Dan mengenali hati budi
insani.
Akhirnya,keputusan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) kami
13 orang anak Melaka yang nakal menuntut di Asrama Ar-Rahmah Kenali,Kelantan
bisa menaikan nama sekolah kerana result kami yang agak gempak.
Alhamdulillah ya Robbi,aku rindu saat itu.Inilah sebahagian
hikmah aku berjauhan dari family dan menjalani kehidupan bersama sahabat.
2011,tahun pertama aku menjejak ke bumi UIA
Sekali lagi,TUHANKU yang MAHA ESA mentarbiahku untuk menjadi
insan yang BENAR2 mempraktikan MENCUKUPILAH BAGIKU HNYA ALLAH DAN RASULULLAH
Setahun yang lalu,telah mengajarku berdikari dari keluarga
tercinta membawa diri berlayar bersama sahabat2 mengharungi ombak dunia.
Namun tahun ini,kami berpisah. Majority sahabt ku ke Mesir,
Memang impian ku untuk ke sana,namun takdir YANG MAHA ESA
untuk ku terus berpijak di bumi Malaysia.
Sbahagian yang lain ke USIM dan lain2.
Sementara aku bersendiri lagi..Aku tercampak di bumi UIA.Universiti
Islam Antarabangsa. Bayangkan,tiada sorang pon sahabtku yang tercampak bersama
ku di sini.Aku pasrah,aku redha..maka aku sendirian mengahadapi dunia di
hadapan ku.
Dan hati kecilku tetap berbisik kalimah yang satu “aku ada
MU TUHAN”
Pada awalnya,Aku takut untuk berdampingan dengan sesiapa,aku
takut. Aku takut,YA TUHAN.Walau ada sahabt baru yang cuba berdampingan
denganku,aku tetap takut.
Namun dengan takdir ILAHI setelah hampir setahun,aku bisa
menerima kehadiran mereka,insan baru untuk menghiasi hidupku.
Apatah lagi saat aku diterima untuk memasuki 1keluarga besar
dalam perjuangan. Aku menjadi sahabat mereka dan diiktiraf sebagai
“adik-beradik”. Sungguh aku xmenyangka akan rahsia TakdirMU TUHAN.Kami bersatu
kerana mempunyai matlamat misi dan visi yang sma dalam mencontohi sunnah
perjuangan Nabi Muhammad saw.
Aku bersyukur ya Robbi kerana kurniakan mereka buatku.
Awal 2012,sekali lagi. Erti kalimah mencukupilah hnya
ALLAH dan Rsulullah bagiku diuji
Ibu ku,insane yang melahirkan ku,dan mentarbiahku,kini tidak
lagi hanya berjauhan daripadaku,malah beliau pergi selamanya2 daripadaku.
Beliau pergi menghadap ILAHI seperti yang telah dijanjikan
pada ILAHI .
Sekali lagi,aku rasakan subhanallah!! Memang tidak ku
jangkka corak yang KAU takdirkan buatku ILAHI.
Kini aku hanay menanti khazinatul asrar yang tersembunyi.
Aku bersyukur atas segala pemberian mu dan corak yang
menghiasi hidupku ILAHI ROBBI!!!
Merenungi luar
jendela.
Mengagumi Kebesaran Yang Maha Esa,
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Mensyukuri segala nikmat dari si DIA.
kata HATI ku menjerit memuji kebesaran Mu Tuhan.
Selangkah demi selangkah,
menhadapi,melalui,menjalani kehidupan ini.
KAU beri ku kekuatan untuk melukir dan memilih corak apa
yang akan ku persembahkan dalam hidupku
Walau penuh dengan cabaran,
Aku teruskan dengan semangat yang membara,
Aku meredahi dengan berbekalkan kalamMU dan Sunnah
Perjuangan
Hati kecil ku sering berbisik
ku tahu ku ada MU TUHAN
KAU Maha Agung Lagi Maha Mengetahui,
Sesungguhnya KAU tahu aku xmmpu menghadapi semua ranjau
ni,tanpa Cahaya PetunjukMU
Bantu la hamba MU ini mencari keredhaan MU,
Kerna ku tahu,aku ada MU
Melihat keindahan malam dihiasi kerlipan bintang dan di
terangi dengan cahaya rembulan.
Indah,Subhanallah,Maha Suci ALLAH ,indahya Dunia CiptaanMU
Tuhan
Setelah hampir 21 tahun menghirup udaraMU Tuhan.
Ku Syukuri Atas segala Hidayah dan Taufiq yang KAU kurniakan
ku,
“Afala an akuna abdan syakura” itulah kata2 Junjungan Besar
Muhammad saw yang terngiang2 di telinga ku saat berbicara tentang SYUKUR
Kerna KAU Maha Agung,ku pohon dengan lafaz hamba yang Hina,
Ku pohon,jadikan aku hamba yang bersyukur sehingga ku bisa buktikan dengan (1) lidah
(2) Perbuatan dan (3) Hatiku
Hujan rintik-rintik,
Sang pelangi Mula Menempah Diri Untuk Menghiasi Sama
Keindahan Alam
Ku dapat menghidu kesegaran “bau” hujan.
Ku syukuri segala nikmat yang KAU berikan
Kau berikan ku kekuatan untuk terus berpegang pada taliMU
WALAU penuh dengan cabaran,
Ku tahu ku ada Mu TUHAN
Walau ku jatuh,
Ku bangkit kerana MU
Kerna ku tahu KAU yang SATU setia disisiku Selalu.
Bantulah Hamba MU mencari keredhaan MU