Tuesday, September 4, 2012

AKU ADALAH ANAK ISLAM



Firman Allah SWT:
" Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan sehingga menjadi agama itu seluruhnya bagi Allah semata-mata.Kemudian jika mereka berhenti dari kekufurannya dan ganguannya, nescaya mereka akan dibalas baik,kerana sesungguhnya Allah Amat Melihat akan apa yang kamu kerjakan" ( Al An al : 39)

Pengajarannya:
1. Tanggungjawap untuk berjuang menghapuskan fitnah dan kekufura
n dari berkuasa dibumi ini.

2. Meyakini bahawa Islam satu-satunya kekuatan yang dapat membangunkan semula ummah daripada belengu kejahilan dan gangguan serta penindasan keatas golongan mustadh'afin dari musuh Allah SWT.

3. Menunjukkan sikap Islam yang begitu baik dengan keindahan akhlak yang mulia iaitu membalas kejahatan musuh dengan kebaikan apabila mereka telah berhenti daripada memerangi atau menghina Islam, tiada dendam kesumat dan menerimanya dengan berlapang dada.

~Berjuanglah untuk meninggikan agamamu dan hapuskanlah kejahatan dendam meskipun terlalu berat apa Yang dilakukan kepada kamu, sebagaimana Abu Sufian dan Isterinnya Hindun binti Utbah melakukan kejahatan kepada Saidina Hamzah yang sangat dikasihi oleh Rasulullah, selepas dari Fathul Makkah Rasulullah SAW menerimanya dengan dada yang terbuka,meskipun terlalu sedih ia atas kematian Saidina Hamzah, jiwa orang yang berjuang mesti berani dan yakin terhadap perjuangannya dan mesti juga sentiasa terbuka untuk memberikan kemaafan~

~Tazkirah dari Ustaz Rosli Abdul Jabar~


SuccesS

*da lama xupdate Blog.
*Sahabat minta aku update,tp aku xde idea.
*so ini lah HASilnya...

Apakah kau mahu dapat dean list?
Apakah kau mahu menjadi ANAK SOLEH?
Apakah kau mahu iman kau tetap ?
Apakah kau mahu redha ALLAH sentiasa dsisi kau?
Apakah kau mahu diri kau sentiasa TENANG?

maka,aku syorkan.
Hadamkanlah kalamullah ini,

                          أعوذ بالله من الشيطان الرجيم





Maksudnya: Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.-(Ar-Ra'd-11)

Maka,usahalah ke arah itu.!!!
Suatu kejayaan perlulah dicari bukan di tunggu!!





Setelah berazam,dan berusaha.Maka bertawakkallah kamu kepada ALLAH







Aku doakan SEMOGA KAU BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

بارك الله فيكم جميعا